• Home
  • Karangan SPM
  • Karangan PMR
  • Komsas 4 dan 5
  • Muat Turun Lagu
  • Muat Turun Filem

Home » » Karangan Cara-cara untuk memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak

Karangan Cara-cara untuk memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak




Karangan Cara-cara untuk memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak 





        Kanak-kanak harus digalakkan supaya membaca buku sejak kecil lagi. Pelbagai cara dapat dilakukan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak.
   
        Ibu bapa perlu menjadikan membaca sebagai alaman harian. Ibu bapa yang gemar membaca contoh kepada anaka-anak. Malah, ibu bapa boleh membaca buku-buku cerita untuk anak-anak yang belum tahu membaca. Dengan cara ini, minat membaca dapat dipupuk sejak peringkat awal lagi.
  
         Selain amalan membaca di rumah, ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mereka ke perpustakaan. Di perpustakaan, anak-anak boleh membaca pelbagai jenis buku yang digemari oleh mereka. Malah, di perpustakaan sering diadakan aktiviti dan peluang berkunjung ke perpustakaan, minat kanak-kanak terhadap buku dan tabiat membaca akan bertambah. Apabila minat membaca telah ada, dengan sendirinya kanak-kanak ini akan ke perpustakaan untuk meminjam buku yang digemari oleh mereka.
   
        Selain itu, ibu bapa bolehlah membawa anak-anak ke pesta buku. Pelbagai jenis bahan bacaan boleh didapati di pesta buku. Ibu bapa boleh memberikan peluang kepada anak-anak untuk membeli buku pilihan mereka. Minat membaca lebih mudah diterapkan jika anak-anak memperoleh bahan bacaan yang sesuai dengan mereka.
  
         Kesimpulannya, minat membaca dalam kalangan kanak-kanak hendaklah dipupuk sedikit demi sedikit bak kata peribahasa, "Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain". Jika usaha ini dilakukan, minat membaca akan bertambah dan akhirnya budaya membaca menjadi amalan harian mereka.
Share this article :

1 comments:

  1. Majalah digital Minda eUreka adalah sebahagian daripada pembelajaran dan digunakan sebagai bahan ulangkaji bebas berteraskan KSSR & KBSR. Keperluan untuk rujukan murid sekolah rendah dari Tahun 1 - 6. Ibu bapa + anak-anak + Minda eUreka = ANJAKAN PARADIGMA !!

    http://mindaeureka.ashadee.com/go/ismail87/

    ReplyDelete

 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Mr.Unknowns - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger