Karangan Cara-cara untuk memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak
Karangan Cara-cara untuk memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak
Kanak-kanak harus digalakkan supaya membaca buku sejak kecil lagi. Pelbagai cara dapat dilakukan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak.
Ibu bapa perlu menjadikan membaca sebagai alaman harian. Ibu bapa yang gemar membaca contoh kepada anaka-anak. Malah, ibu bapa boleh membaca buku-buku cerita untuk anak-anak yang belum tahu membaca. Dengan cara ini, minat membaca dapat dipupuk sejak peringkat awal lagi.
Selain amalan membaca di rumah, ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mereka ke perpustakaan. Di perpustakaan, anak-anak boleh membaca pelbagai jenis buku yang digemari oleh mereka. Malah, di perpustakaan sering diadakan aktiviti dan peluang berkunjung ke perpustakaan, minat kanak-kanak terhadap buku dan tabiat membaca akan bertambah. Apabila minat membaca telah ada, dengan sendirinya kanak-kanak ini akan ke perpustakaan untuk meminjam buku yang digemari oleh mereka.
Selain itu, ibu bapa bolehlah membawa anak-anak ke pesta buku. Pelbagai jenis bahan bacaan boleh didapati di pesta buku. Ibu bapa boleh memberikan peluang kepada anak-anak untuk membeli buku pilihan mereka. Minat membaca lebih mudah diterapkan jika anak-anak memperoleh bahan bacaan yang sesuai dengan mereka.
Kesimpulannya, minat membaca dalam kalangan kanak-kanak hendaklah dipupuk sedikit demi sedikit bak kata peribahasa, "Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain". Jika usaha ini dilakukan, minat membaca akan bertambah dan akhirnya budaya membaca menjadi amalan harian mereka.
Related Articles
If you enjoyed this article click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Majalah digital Minda eUreka adalah sebahagian daripada pembelajaran dan digunakan sebagai bahan ulangkaji bebas berteraskan KSSR & KBSR. Keperluan untuk rujukan murid sekolah rendah dari Tahun 1 - 6. Ibu bapa + anak-anak + Minda eUreka = ANJAKAN PARADIGMA !!
ReplyDeletehttp://mindaeureka.ashadee.com/go/ismail87/
Ohh....its nice
ReplyDeleteOhh....its nice
ReplyDeleteyup
Deleteyup
DeleteThank you it help me doing my homework👍
ReplyDelete